Alhamdulillahhhh,awal bulan ari tu Cik Sue dan kawan-kawan KBBA sempat balik kampung menjenguk mangsa banjir di Kampung Cik Sue di Kuala Lipis,sambil-sambil bawa balik sumbangan dari kawan-kawan yang lain.Terima kasih banyak kepada penyumbang2 yang berhati mulia.
|
KAMI |
Bertolak hari sabtu pagi,dari Putrajaya dengan barang-barang bantuan berupa makanan,pakaian dan alat-alat pembersihan.Kami menaiki 3 buah kereta sendiri2 sahaja.
|
daging dendeng dari kak laila mee udang |
|
packing barang sebelum bertolak |
Sampai di rumah Cik Sue di Kg. Dura,Bukit Betong,Daerah Kuala Lipis dalam pukul 2 lebih,kami sempat meninjau jalan dan hulurkan bantuan kepada beberapa rumah pada petang itu di sekitar Kg.Dura,Kg Aur Gading dan Kg Berkam.
|
jambatan yang rosak teruk akibat banjir |
|
kesan banjir |
|
rumah mangsa |
|
rumah ini tenggelam lenyap masa banjir |
Speechless.Tak terkata,Cik Sue hanya mampu menahan sebak,yang menjadi mangsa bukan orang lain,rakan-rakan sekampung,ada yang berkait saudara juga,Allahuakbar semoga dapat membantu sedikit sebanyak.
Hari Ke 2- Ahad
Kami ke Kg Chegar Perah dengan Triton Ayah De (bapa saudara Cik Sue) ,di sini Cik Sue membesar dan bersekolah sampai la abah pencen pada 2008,dan Cik Sue dah kerja pun masa tu.Tambahan saudara -mara,mak saudara dan kawan-kawan masih ramai di situ.Kampung ini memang terputus hubungan masa banjir hari tu hanya bantuan melalui helikopter sahaja dapat di salurkan.
|
ranap |
Alhamdulillah kami berjaya sampaikan sumbangan dari rakan-rakan terus kepada mangsa,semoga mereka tabah dan sumbangan kami membantu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
bisik-bisik:
sebak!,ujian dari Allah,semoga mereka kuat,ujian juga untuk kita untuk membantu.
2 Comments
Allahuakbar.
ReplyDeletesedihnya tengok.
sy baru berpeluang g tengok sendiri mangsa2 d kuala krai. Taktau nak cakap. Sangat teruk keadaan kat sana
seriously bergenang airmata tengok keadaan kesan banjir tu..rumah2 dgn kesan lumpur..Alluakbar..semoga semua mangsa redha dan kuat dgn ujianNya
ReplyDelete