Lepak Hari Minggu : Sungai Kemensah

Cerita Ahad lepas,kononnya serabut dan stress,stress apa pun tak tau la,tiba-tiba datang idea nak mandi sungai dan lepak makan tepi sungai,bagitau Mr D kebetulan dia pun tak balik kampung,so ajak la 2 3 orang lagi.Last minit punya plan pagi ahad,sempat la masak nasi ngan lauk sikit buat bekal.

Cik Sue dah penah datang sini dulu buat bbq geng backpackers Shah Alam,nak baca pi SINI ,Tapi kali ni tak sewa chalet pun,dok lepak je tepi sungai,hampar tikar,memang tenang la sebab kami datang awal sikit,air pun sejuk dan bersih lagi,tak ramai orang.

tenangkan?

sejukkkkk je
Tempat ni kalau korang nak pi,kena masuk ke belakang Zoo Negara menghala ke perkampungan belakang tu,terusssss je sampai satu simpang tiga ,ada kolam pancing sebelah kiri,masuk kiri tu,nanti banyak port yang korang boleh piih tuk piknik.

kesejukan berendam.

dok berendam

nyaman

dah berendam lapor mari kita makan

makcik jual nasi hahahahha

ni oghe klate panggil tuyuk hahahhaha

eceecececce....main simbah2 air plak hahahha

dugong tersangkut bhahahahha

dok atas batu kaki hulur dalam air,eh ehhh ada spa ikan plak...

kelaparan betul ni
Dah puas berendam,naik makan,turun semula dekat pukul 4 petang juga la baru naik,kemas-kemas dan singgah solat kat surau perkampungan di situ.

Balik rumah fresh kepala,tidur awal keletihan berendam,memang syok ar.

bisik-bisik:
kadang-kadang on the spot tanpa rancang awal ni best jugak hehehheeh....

Post a Comment

14 Comments

  1. Bestnya tempat ni..idea menarik utk jln2 ngn family..

    myfreshvita.com

    ReplyDelete
  2. Gila bestnya..... Erm... ok jeles sat

    ReplyDelete
  3. Orang tak ramai yang best tu :-) Nice place

    ReplyDelete
  4. Eyza dah lama x datang sini.. dulu masa blajar dan duduk kat Taman Permata, Ulu Kelang selalu gi sana.. jalan kaki ramai-ramai ngan membe.. best sangat.. kkdg time balik, ada lori lalu.. tumpang ramai-ramai dok belakang lori..memori sangat semua tu..

    ReplyDelete
  5. x ajak pun...kecik hati kita taw

    ReplyDelete
  6. pernah pegi kg kemensah tu kak sue, time muda-muda dulu. hihi,tapi xpenah mandi or picnic pun kat sini

    ReplyDelete
  7. amboiii berendam sakan korang yek. Comei dugong tu ..bakpe tak ditangkap bela dalam akuarium wakakakak :p

    ReplyDelete
  8. eh dekat dgn rumah..ada chalet eh? ok nak bawak family..

    ReplyDelete
  9. Macam best je tempat ni. Rasa macam nak pergi pun ada.

    ReplyDelete
  10. Sungai Kemensah dekat je dengan rumah aku.. dekat Taman Melawati.. tapi dah lama tak pergi mandi sungai kt situ.. sejak dengar kes2 kencing tikus ni agak phobia sikit nk mandi sungai xD

    p/s: Nmpk mcm lawa la sungai dia

    ReplyDelete
  11. Huhhu... dah takut ng isu kencing tikus nih... baru ingat nl g sana ng ank²...

    ReplyDelete
  12. yg tak plann tu la selalunya menjadik kannnn kak sue hihihihi

    ReplyDelete
  13. Terasa tenang melihat kawasan sungai tenang sahaja.

    ReplyDelete