Amaran : Entry ini mempunyai gambar yang banyak,hehheehe...kalau rasa nyampah,klik X je ye...hahahaha..
Ini adalah entry-entry tertinggal Ramadhan lepas yang tak sempat Cik Ngah update,so Cik Ngah rangkumkan sekali la senang kan...ngeeeee....
1. YEOS FASTING CAMP,SHAH ALAM.
12 Julai 2014,Cik Ngah sempat hadiri Yeos Fasting Camp di SACC,Shah Alam.Kem sehari anjuran Yeos ini memberi peluang kepada non-muslim untuk berpuasa seharian bersama-sama peserta muslim lain.Lebih kurang 300 peserta yang mengambil bahagian pada hari itu.
antara geng kbba yang join sama
sebelum pendaftaran
Selepas pendaftaran,kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan,ada sesi ice breaking dan berkenalan sesama sendiri.Kami di minta mencipta bendera dan logo kumpulan,walau baru kenal terasa kemesraan dengan gelak tawa bila sama2 dalam aktiviti.
booklet dan no cabutan bertuah
Terdapat juga acara cabtan bertuah dengan gajet dan henpon yang lumayan untuk di menangi,Cik Ngah dapat juga,dapat la monopod 1 dan selamat dah bagi kat my cousin,hehehe....
duduk dalam kumpulan dan mendengar taklimat
Terdapat juga taklimat tentang puasa dari pegawai JAKIM,taklimat kesihatan dan senaman di bulan puasa oleh pegawai kesihatan yang di jemput,dengan penerangan ini peserta non-muslim akan leih faham apa itu sebenarnya puasa dari segi fizikal dan spiritual.
Kemudian kami di pecahkan kepada kumpulan besar dan bergerak dengan bas rumah kebajikan yang di tetapkan.Di sana kami membantu menghias dan menceriakan kawasan tersebut untuk sambutan hari raya,serta beramah mesra bersama anak-anak di situ,setelah selesai,duit raya juga di beri untuk mereka,hampir petang kami bergerak semula pulang ke SACC,Shah Alam.
uncle wong yang gigih menganyam ketupat walau tak reti tapi gigih belajar,awesome.
hias rumah untuk hari raya
memasang perabot
selfie itu wajib heheheheh......sebelum balik
Memang seronok sangat dengan kawan-kawan baru ,buat bermacam aktiviti,terbaik la.....Kami balik ke Shah Alam dan di sambung dengan aktiviti lain sementara menunggu berbuka puasa seperti fesyen baju raya dari suratkhabar lama dan cabutan bertuah serta taklimat gaza dan nyanyian dari Heliza Helmi.
menu berbuka puasa,semestinya dengan soya Yeos.....
Menu berbuka puasa yang di hidangkan sangat sedap,terutama kambing hitam manisnya sampaikan Cik Ngah ratah saja lepas solat maghrib,selesai berbuka puasa kami bergambar dan di bekalkan air kotak yeos untuk di bawa pulang.
Di bawah ini ada video yang di rakam sewaktu event ni,spot me...hehheeh...happening sangattttt......
Semoga tahun2 hadapan Yeos akan mengadakan lagi event seperti ini.Terima kasih Yeos.
cari saya heeeheeee.....
2. IFTAR PICC BERSAMA ANAK YATIM BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
17 Julai 2014 pula Cik Ngah sekali lagi mendapat jemputan Iftar anjuran pihak PICC untuk berbuka bersama anak-anak yatim yang di jemput,sebelum ini di entry INI kami pernah di jemput untuk review buffet Ramadhan PICC 2014.Kalau nak tengok senarai makanan dan lain-lain boleh ke entry itu ye....
beriani
kambing golek
anak yatim yang di raikan
aneka kerabu
kebun buah pak rusmi
aneka hidangan lauk pauk dalam kawah panas
antara blogger yang hadir sempat bergambar dengan VIP PICC
Terima kasih daun keladi la PICC,ada rezeki jemput lagi ye....makanan korang memang umppphhhh.....
3. IFTAR @ TMCC,MENARA TM
22 Julai 2014 pula Cik Ngah dapat jemputan dari Eden Catering yang menyediakan makanan untuk buffet Ramadhan di Menara TM,Bangsar.Dengan pelbagai juadah yang enak ,memang memikat selera kami.Sekali lagi geng Kelabbloggerbenashaari buat kecoh dengan gelagat kami kat sini heeeheee....
western food yang maveles
pilihan kami
mee rebus yang meletop
my feveret salad
bersama yanty dan yaya
kami yang suka buat kecoh heeeheeeee
hidangan kuih-muih
lauk pauk pilihan Cik Ngah
kelabbloggerbenasahaari
Terima kasih banyak Eden Catering,oh ya kambing golek dia maveles weiiiii....menambah2..heeeheee....
oh ya selain buffet ramadhan Eden Catering juga menyediakan buffet untuk majlis kahwin,keramaian dan sebarang majlis,anda boleh ke laman web mereka ye ,klik SINI
Yeahhhhhh,itu lah dia cerita ramadhan Cik Ngah yang tertinggal hehehehe...ok angsai dah hutang ngeeee....apapun Ramadhan 2014 ni memang murah rezki dengan jemputan iftar dan seronok sangat bila kelabbloggerbenashaari lebih havoc gittewww....love u allll,muahhhhhh
bisik-bisik:
semoga murah rezki semua pihak yang menjemput dan memberi makan mereka dan kami yang berpuasa,besar pahalanya.
6 Comments
rindunya suasana kekecohan kita bersama.
ReplyDeletekannn happening je
DeleteOuhhh... penuh tu jadual! Penuh juga ilmu di dada!
ReplyDeleteGambar mesti banyak lagi, ni kan?
haah uncle,banyakkkkk sgt gambo kang hang plak pc uncle hehhehehe
DeleteAda terlibat dengan aktiviti kemasyarakat bersama Yeos. Terbaik.
ReplyDeleteyeos memang terbaik...
Delete