Sekejap je rasa dah 9 Ramadhan kan?,So bagaimana dengan
puasa korang? Semoga baik-baik la semua ye…
Ni nak cadangkan tempat berbuka buffet ramadhan di PICC,Putrajaya,Cik Ngah dah try,memang sedap-sedap makanannya.Buffet ramadhan yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya” menghidangkan lebih 200 jenis makanan tradisi dan warisan melayu selain makanan2 barat dan desert.
Memang rambang mata la korang nak memilihnya nanti hehehehhe…
Buffet ini bermula 30 jun hingga 25 Julai dari pukul 6.30 petang hingga 10.30malam dengan harga:
RM80 untuk dewasa
RM40.00 untuk kanak-kanak
Haaaa amacam tergoda tak? Heppp jangan tengok lama-lama kang ada yang buka periuk nanti heheheh…
Hidangan kat sini di hidang kan mengikut tema tau contohnya
seksyen ‘Pembuka Selera’, ‘Gerai Utama PICC’,’Mangkuk Panas’,’Kawah
Berapi’,Kebun Buah Pak Rusmie ‘ dan banyak lagilah,memang menarik.Antara
hidangan yang korang memang kena rasa bagi pendapat Cik Ngah la kan,Sambal
Goreng Jawa dia,perghhhh dah setaraf nenek2 jawa kat kampong masak tau,Mr D kan
orang jawa,so Cik Ngah dah pernah rasa yang nenek2 kat kampong masak,memang
yang ni sedap tau.Pecal Jawa nya pun sedap jugak,menambah tau.selain tu ada
Gulai Tunjang atau urat keting kalau orang pantai timur panggil,Rendang Paru
yang lembutttttt,Beriyani Kambing yang wallllahhhhhh…hahahha…korang kena try
okeh.
Ada juga hidangan beraneka bubur macam bubur pulut
hitam,bubur kacang hijau,pengat labu dan yang cik ngah rasa sedapkan dank orang
kena try bubur lambuk kat sini,serius sedap woooo…rasa nak tambah 2 3 kali
gittewwww…
Selain itu ada juga hidangan pasta dan makanan barat di
sediakan dengan aneka air anas dan sejuk serta cendol,perghhhh memang menggoda
la.Korang juga akan di hiburkan oleh nyanyian dari Rosma AF bersama pemuzik pengiringnya.
Oh ya,sambil-sambil berbuka tu korang boleh la masuk Cabutan
Bertuah yang di anjurkan lumayan wooo hadiah nya :
-Duit Raya Tunai RM3,000
-TV LED 40 inci
-Telefon Pintar Samsung Note 3
Dan banyak lagi lah hadiah2 yang best,terbuka kepada semua
pelanggan dan keputusan akan di umumkan minggu pertama bulan Syawal di FB PICC.
Bagi korang yang nak berbuka kat sini jangan risau ye,ada
surau yang dis ediakan da nada solat terawih berjemaah tau,tandas pun bersih
dan cantik.Dengan permandangan indah Putrajaya dari PICC memang santai la
berbuka puasa di sini.Sesekali nak ubah angina apa salahnya kan.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan buffet korang bleh
hubungi pihak PICC dengan cara berikut:
Telefon : 03-88876162
Laman Web : http://www.picc.com.my
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang Presint 5
62000 Putrajaya
Tel :03-88876000
Faks : 03-88876499
Bisik-bisik:
Pada yang nak ubah selera nak berbuka di luar boleh la cuba,dengan suasana yang santai dan indah,makanan yang sedap,berbaloi la.
Pada yang nak ubah selera nak berbuka di luar boleh la cuba,dengan suasana yang santai dan indah,makanan yang sedap,berbaloi la.
3 Comments
Terliur ena tengok dessert tu semua!!! Wahhhhhhh sangat menyelerakan menu2 kat sini. Bestnyaa kalau ena dapat berbuka puasa kat sini
ReplyDeletehep hep puasa2...heheh datang la bawa family...
Deletehuhuhuu... sedapnya... thn ni byk gak dpt offer berbuka kat luar tp smue kena tolak sbb keadaan x mengizinkan...
ReplyDelete