MAMEE CHEF DAY OUT
Sabtu lepas 31 Mei .Cik Ngah berpeluang join Mamee Chef Day Out,di jemput oleh team Nuffnang,tak sangka di jemput,maklumlah blog tak berapa nak meletop macam orang lain kan,tapi bila dapat jemputan macam ni,tetiba bersemangat lebih plak nak berblog lebih aktif,heheheh…
Kami berkumpul di Lobi Kilang Mamee di Subang dan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,2 bas di gunakan sebagai pengangkutan untuk kami ke Kilang Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd di Melaka.
Seawal 8 pagi Cik Ngah dan Cik Yanty dah sampai,sementara tunggu pendaftaran dan semakan nama serta pembahagian kumpulan,sempat la berkenalan dengan blogger-blogger lain,ramai gak yang otai-otai.
Dalam 9.30 pagi kami bertolak,agak lewat sampai di Kilang Mamee di Melaka,kami di beri penerangan tentang penubuhan kilang dan sejarahnya.
Kemudian kami di bawa melawat sekitar kilang dan cara
pemprosesan mee segera dari awal hinggalah boleh di makan.Penerangan ringkas di
beri oleh Mr Ng ,Operation Manager Kilang Mamee.Kami di tunjukkan setiap
peringkat penyediaan mee segera ini.Apa yang Cik Ngah perhatikan kilang ini
sangat bersih dan pekerja semua mementingkan kebersihan.
Antara peringkat penyediaan mee segera di kilang ini adalah :
1) Mixing-mencampurkan bahan-bahan untuk menbuat doh mee
2)Rolling-proses pembentukan doh untuk memudahkan membentuk mee
3) Slitting-proses membentuk mee
4) Steaming- mee yang siap di bentuk di panaskan atau di masak dengan stim.
5) Cutting-mee kemudian di potong mengikut ukuran yang di tetapkan
6) Seasoning Shower- mee yang siap di potong di siram dengan sup perasa yang di masak sendiri
7) Frying-kemudian mee di goring untuk memasak dan sebatikan perasanya
Sabtu lepas 31 Mei .Cik Ngah berpeluang join Mamee Chef Day Out,di jemput oleh team Nuffnang,tak sangka di jemput,maklumlah blog tak berapa nak meletop macam orang lain kan,tapi bila dapat jemputan macam ni,tetiba bersemangat lebih plak nak berblog lebih aktif,heheheh…
Kami berkumpul di Lobi Kilang Mamee di Subang dan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,2 bas di gunakan sebagai pengangkutan untuk kami ke Kilang Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd di Melaka.
Seawal 8 pagi Cik Ngah dan Cik Yanty dah sampai,sementara tunggu pendaftaran dan semakan nama serta pembahagian kumpulan,sempat la berkenalan dengan blogger-blogger lain,ramai gak yang otai-otai.
Dalam 9.30 pagi kami bertolak,agak lewat sampai di Kilang Mamee di Melaka,kami di beri penerangan tentang penubuhan kilang dan sejarahnya.
yeayyyyy dah sampai |
yaeyyyyy grup photo itu wajib |
Galeri Kilang Mame Double Decker (M) Sdn Bhd |
Kami di penerangan oleh Sham Mee,Marketing Manager di
situ,sambil di jamu hidangan ringkas kuih-muih dan minuman.Di situ juga ada di
pamerkan produk yang di hasilkan oleh kilang ini dari lebih kurang 40 tahun yang lepas,seronok
pulak tengok pek-pek mee segera mamee zaman-zaman Cik Ngah kecik dulu,memang
mengimbau kenangan.
Trip kali ini kami banyak di terangkan tentang Produk Mee
Segera Mamee Chef yang hangat di pasaran
sekarang,
perisa mamee chef |
Produk mee segera Mamee Chef yang mengetengahkan mee tarik
sebagai tarikan,terdapat dalam perisa Ayam Pedas Shitake,Laksa Kari dan Tom Yam
Thai.Terdapat dalam bentuk pek dan cup.Antara penghargaan dan anugerah yang
pernah di terima adalah :
-Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in
the World for 2014 dalam laman blog theramenrater
-Putra Brand awards bronze Recepient 2014 di bawah Food
Srtuff Category
-Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.
Selain itu,kami di tunjukkan demo penyediaan bahan dalam
perencah mee segera tersebut yang menjadi kunci kesedapan mee segera Mamee,ia
salah satu rahsia kejayaan mee segera ini bila mengekalkan resepi asli dari
Chef Ismail,pes perencah yang di buat mengekalkan kesegaran bahan
semulajadi,terutama dalam perencah Laksa Kari dan Tom Yam Thai.
cara membuat perencah yang di masukkan dalam pek mee segera |
bahan-bahan asli yang di gunakan |
perencah yang sudah siap di masak |
Baca juga : Resepi Maggi Goreng
Selain resepi perencah yang asli,mee segera Mamee Chef juga
di lengkapkan dengan sayuran kering dlaam setiap paket mee seperti
sayuran,udang kering dan tauhu.
Selain itu mee segera Mamee sememangnya mendapat pengesahan
halal dari Jakim yang akan tamat sijil halalnya pada 2015.
Pengesahan sijil halal yang Cik Ngah dapatkan.So jangan
risau ye,memang halalan toyyiban.
Kami juga di tunjukkan cara-cara membuat mee
tarik daripada chef yang pakar dalam pembuatan mee tarik ini. Tak best kan tengok gambar je
,jom kita tengok video yang sempat Cik Ngah rakam ni ye…lebih jelas gitu.
chef mee tarik dengan CEO dan Manager2 Mamee Chef |
Antara peringkat penyediaan mee segera di kilang ini adalah :
1) Mixing-mencampurkan bahan-bahan untuk menbuat doh mee
2)Rolling-proses pembentukan doh untuk memudahkan membentuk mee
3) Slitting-proses membentuk mee
4) Steaming- mee yang siap di bentuk di panaskan atau di masak dengan stim.
5) Cutting-mee kemudian di potong mengikut ukuran yang di tetapkan
6) Seasoning Shower- mee yang siap di potong di siram dengan sup perasa yang di masak sendiri
7) Frying-kemudian mee di goring untuk memasak dan sebatikan perasanya
8) Cooling-mee yang sudah di masak,di keringkan dan di sejukkan,supaya tahan lama bila di bungkus.
9) Packaging-mee di bungkus dalam bentuk paket atau cup serta di masukkan perencah mengikut perasa yang di tetapkan
Penerangan ringkas dari kakitangan Mamee House,ia di buka
sekitar akhir November lepas,sebagai kedai penjualan,restoran dan meyediakan
tempat latihan dan kelas belajar membuat
mee serta bahagian interaktif untuk kanak-kanak seperti DIY cup mee
segera dan kelas membuat mee.
Bisik-bisik:
9) Packaging-mee di bungkus dalam bentuk paket atau cup serta di masukkan perencah mengikut perasa yang di tetapkan
Selepas melawat kilang memproses mee ini,kami di hidangkan
makan tengahari yang di baw akhas dari Mamee House di Jonker Walk,Bandar
Melaka.
desert,kek coklat sedappppp..... |
nasi ayam hainan kepal,yummyyyy.... |
First time makan nasi ayam kepal,sedapppp…tapi Cik Ngah tak
amik banyak sebab masih kenyang,ada desert kek coklat yang sedap,sate dan
minuman,kami juga di beri merasa mee segera Mamee Chef Kari Laksa yang di
masak,memang terasa kesedapannya.
MAMEE HOUSE @ JONKER WALK
Selesai
menjamu selera kami meneruskan lawatan ke Mamee House yang terletak di Jonker
Walk,Bandar Melaka.Bangunan lot kedai yang berusia lebih 100 tahun di jadikakan
galeri produk dari Kilang Mamee,terdapat kaunter jualan baju
t,cenderamata,produk2 seperti mee segera,potato pringle,dan macam-macam
lagi.Terdapat juga restoran untuk menikmati hidangan ala carte dari produk
mamee dan lain-lain.
mee goreng mamee chef |
nasi ayam hainan kepal |
Antara hidangan yang terdapat di Mamee House,Mee Goreng
Mamak Mamee dan Nasi Ayam Kepal Mamee.
souvenir yg di jual |
produk2 yang di jual |
sempat bergambar ngan mamee monster |
Kami di bawa ke bahagian atas untuk melawat kelas membuat
mee dan DIY cup mee segera.
tangga ke bahagian atas |
DIY cup mamee masing2 heheheh... |
ni Cik Ngah punya.... |
Kami di beri peluang mereka cup
mamee sendiri,yang atas tu Cik Ngah punya,okehhh jangan kutuk ye,dah lama tak mewarna heheheh….kejung
tangan ku.
Ini pula permandangan di dalam restoran dari tingkat atas
bangunan,dekorasi yang cantik,suka sangat dengan bangunan ni.
Itu lah seharian lawatan kami bersama Mamee Chef dan Nufnang
Team,terima kasih banyak-banyak kepada team Nuffnang menjemput kami.Memang
seronok,Cik Ngah kalau pasal makanan memang la heheheh…
Bisik-bisik:
-kali pertama ikut trip lawtaan macam ni semenjak bergelar
blogger,teringat rombongan sekolah hehehe…
-Jujurnya Cik Ngah lebih suka produk Mamee dari yang lain
sebab mee nya lebih kenyal tak cepat kembang dan perencah nya tak terasa kuat
sangat MSG
8 Comments
Kita ada dpt jemputan..tp jauh sgt la...wuuuu
ReplyDeletejauh nak buat cam na kan? sue pun sebab tak de hal
DeleteSeronoknya Sue...K.Ma pun dpt jemputan tapi tak leh join sbb ada hal yg lebih penting..
ReplyDeleteHai Sue... sori x sempat berborak sangat.. i ni pemalu..hihihi.. harap dapat jumpa lg kat event lain pulak nnt...
ReplyDeleteheehehheh...kita pun pemalu jugak,nanti kita borak2 ye....hehee
DeleteOrite.. menarikkan. Dapat jalan2 sambil makan2..
ReplyDeleteMamee ada bagi goodie bag x
ada2 tapidah licin pun hehehehhe
Deleteada juga gambar tengah colouring kat sini...thanks a lot.
ReplyDelete