Ajar dari kecil


Assalamualaikum dan salam hari minggu semua....
Hari ni mesti ramai yang dok rumah,mengemas dan berehat di rumah kan...Cik Ngah pun sama...
Bangun pagi-pagi dok kemas bilik,basuh kain,lipat kain,kemas dapur,kerja rutin di hujung minggu di rumah,dah nama pun pompuan kan...
Dok ralit sidai kain kat belakang dapur,terdengar la budak-budak dalam umur 8 hingga 10 tahun dok main ludah-ludah kat koridor luar rumah ni,dapur rumah ni boleh nampak koridor depan,rumah plak tingkat 6.
Diorang ni menyewa rumah komuniti berdepan pintu ngan rumah Cik Ngah ni.
Boleh pulak dok main ludah ke kawasan pejalan kaki kat bawah,aduhaii,padahal mak bapaknya ada je dok borak depan pintu,kang kalau ludah n terkena kepala orang kat bawah tak ke haru,pengotor dah satu hal...haihhh
Cik Ngah apa lagi,sound la,tapiiiii...,rupanya diorg dengar je suara marah Cik Ngah sebab terlindung kain langsir kat tingkap dapur and tak nampak muka..hehehhe...terus semua lari...
Geram betul di buatnya,dah la menyewa homestay komuniti,dok buat kotor tak de adab plak kat sini.
Yang mak bapak plak buat tak tahuuuu je...patutnya dari umur macam ni la di ajar,diorang dah faham bila di terangkan betul dan salah sesuatu perbuatan tu.
Kalau dah tua bangka baru nak ajar memang liat la.kecik-kecik la mudah di bentuk,kang bila buat kurang ajar depan orang baru la nak ngamuk dan marah,time macam ni tak mau ajar...adehhhh....
Haaaa kan Cik Ngah dah membebel...haihhh...
Bisik-bisik:
Tak suka bila budak kurang ajar
Published with Blogger-droid v2.0.10

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak kita menegur deme pun tak de guna kan , kalau mak bapak pun tak mengajar anak2 mereka. didikan tak diberikan , masyarakat sekeliling tak mampu bertindak sewenang2nya , hanya sakit mata memandang.

    ReplyDelete
  2. ishh, mmg patut kak sue sound pun .Betul! masa kecik ni la kene ajar betul2 .Fiza pun kadang2 heran dgn sikap mak ayah yang terlalu manjakan anak sampai biar je anak buat apa pun depan mata walaupun th benda tu tak elok . Tegur la. kalau xboleh tegur, pukul. biar jadi pengajaran.

    ReplyDelete