Tips untuk yang stress

Salam pagi isnin...pehabaq semua...sehat ka?..alaaaa..to sah la dok monday blues sangat..cer senyum2 sikit,terapi tau..lagipun banyak dapat pahala.Stress??...tak tahu apa nak buat?..meh Cik Ngah bagi tips sikit apa nak buat kalau stress.....



telefonlah kawan-kawan rapat atau ma ayah,tanya khabar,
bercerita kisah-kisah terbaru,luahkan masalah...




menulis
tulis lah catatan tuk diri sendiri,tulislah diari,
luahkan pada kertas,kalau rasa takut di baca orang
dah habis tulis,bakar je
yang penting terluah perasaan tu kan?


peluklah orang tersayang
mana yang dah bersuami/isteri peluklah pasangan masing2
mana yang bujang tu peluklah adik,kakak,abang atau ma ayah ye...

lakukan regangan atau pergerakan fizikal
bersenamlah atau bersukan
juga mampu menghilangkan stress

senyum dan cuba kenang saat2 menggembirakan 
dalam hidup anda



dengarlah muzik atau lagu kegemaran anda...
kalau dah dok dalam bilik tu nak menari sensorang pun ok gak kan
lepaskan je,tutup pintu n tingkap,joget la sensorang...heeee

okey...ni yang paling afdal dan paling bagus
mengaji atau baca Al-Quran
atau kitab-kitab agama
selain mendapat ketenangan,pastinya ada pahala menunggu kan?...



kalau boleh elakkan kafein dan gula bila tengah stress
tak elok untuk emosi dan kesihatan

bertenang dan cuba fikirkan 5 perkara yang anda bersyukur 
masih memilikinya.


tenang kan diri dengan menarik nafas dalam2 dan hembus 
perlahan-lahan.

manjakan diri,mandi air panas atau mandi wap (sauna)
sambil mendengar muzik yang menenangkan.


bisik-bisik:
Cik Ngah kalau tension
suka keluar tengok pokok hijau
suka dekat dengan alam
dengar bunyi air,burung2
atau tengok pokok menghijau
tenangggg je...
~nama pun puteri rimba...heeeee...~








Post a Comment

4 Comments

  1. oh, macam tuh eh? thanx.. nice post.. =)

    ReplyDelete
  2. saye pun suke tgk pokok hijau....bintang....
    TERBAIK....

    done follow...follow saye tau

    ReplyDelete
  3. yeah...post ni cambest.... saje kakiwayang nak singgah sini...hehe...

    ReplyDelete
  4. tq...heeee...baru lagi dalam dunia blog2 ni..baru nak berjinak-jinak...heeee...

    ReplyDelete