Dahhhhhh....jangan nak merepek tengahari buta ni....(napa orang selalu sebut cam tu ek...malam-malam buta la,pagi-pagi buta la...malam tu buta ke?...musykil nih)
Ni resepi breakfast Cik Ngah pagi semalam....buat bekal gi ofis...sesuai gak buat tuk bekal anak-anak gi sekolah tau...buatnya pun simple tapi berkhasiat ok...try la...
Sandwich Sardin Berkeju
sedap...ada keju melting kat dalamnya...yummyyyyy...
Resipi nya Cik Ngah try dari Cik Rai tapi ubah sikit ikut selera sendiri
Ni resepi versi Cik Ngah :
Bahan:
roti gardenia 10 keping
cheese cheddar-dapat yang perisa bbq pun best gak
cik ngah pakai yang ni...
isi ikan sardin yang di hancurkan
telur -dipukul
buttercup
Cara:
potong kulit roti
letakkan cheese di atasnya
letakkan isi ikan sardin hancur
lapiskan satu lagi roti
potong empat atau 2 (ikut suka korang lah)
celup (jgn rendam) dalam telur yg dah dipukul
goreng dalam kuali yang dah di panaskan bersama 2 sudu buttercup
goreng dengan api kecil,hidang panas2...sedapppp
ini kulit roti lebihan dari resepi di atas (tapi ni gambar en google ye)
So,sebab tak mau membazir Cik Ngah buat bahan tuk resepi salad lak:
Salad Kulit Roti
Bahan:
kulit roti potong dadu
telur-pukul dan masukkan garam dan lada sulah
buttercup
mayonis putih
serbuk kari
daun salad
tomato potong dadu
carrot potong dadu
Cara:
gaulkan kulit roti dengan telur yang di pukul tadi
panaskan kuali dengan buttercup
masukkan kulit roti dan telur tadi...
goreng sampai agak garing
angkat dan toskan
gaul dengan semua bahan lain dalam mangkuk
perasakan dengan garam
hidangkan
(kalau nak boleh juga tambah isi ayam yang dah direbus
just siat2 kan dan gaul)
Ok lah...itu je buat kali ni....
cubalah..mana tahu kena dengan selera korang kan,bawa gi piknik pun ok gak ni...heeee
bisik-bisik;
berusaha keras siapkan kerja..nak balik kampung dengan tenang hati
tapi rasa macam dah tak cukup tangan ni...huuuuu...
helpppp meeee....
1 Comments
Sallam,
ReplyDeleteSalad kulit roti, nampak macam sedap jee...boleh cuba ni.